Kerajaan Sabah berusaha sedia peluang pekerjaan kepada generasi muda - Utusan Malaysia

Kerajaan Sabah berusaha sedia peluang pekerjaan kepada generasi muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah akan melaksanakan segala kemampuan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda khususnya pelajar keluaran universiti dan kolej di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata untuk ke arah usaha itu Sabah tidak akan hanya akan bergantung kepada sektor seperti pertanian, namun akan mempertingkatkan usaha ke bidang perindustrian.

“Untuk membangunkan negeri ini…kita mahu melihat Sabah menjadi sebuah negeri perindustrian. Maka dengan itu kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) akan melaksanakan segala kemampuan untuk menyediakan peluang pekerjaan dalam usaha membangunkan negeri ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sabah 2018 di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 679 graduan daripada lapan Kolej Komuniti di seluruh Sabah menerima sijil. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata adalah tidak mencukupi apabila kerajaan hanya mengeluarkan sijil, diploma atau ijazah namun apa yang paling penting ia diselaraskan dengan peluang pekerjaan yang ada.

“Apa yang paling penting kita perlukan selaraskan apa sebenarnya peluang pekerjaan yang diperlukan dalam industri di negara kita khususnya di Sabah.

“Oleh sebab itu dalam kerajaan baharu Sabah kita telah mewujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi untuk membolehkan kita melihat dan membantu usaha nasional dari segi bagaimana kita meningkatkan daya upaya mengeluarkan sumber manusia yang benar-benar diperlukan pada masa kini,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini