KOTA BHARU 13 Sept. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) wajib membantu membangunkan negeri ini selari dengan semangat federalisme dan prinsip keadilan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sesebuah negara tidak mungkin boleh diisytihar sebagai negara maju sekiranya terdapat sebuah negeri di dalamnya yang masih ketinggalan. Beliau berkata, pihaknya tidak berkecil hati Kelantan dianggap sebuah negeri miskin tetapi sewajarnyalah mendapat bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur dan prasarana…










