KUALA LUMPUR 5 Sept. – Kenyataan yang tidak jelas dan kabur serta polisi yang tidak konsisten oleh pemimpin kerajaan baharu mengenai hubungan dengan China boleh menggugat keyakinan pelabur sedia ada dan pelaburan yang berpotensi ke negara ini. Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) berkata, tindakan oleh kerajaan juga boleh mewujudkan impak serius kepada ekonomi yang mana jika tidak dijelaskan akan memberi kesan jangka panjang kepada pelaburan. Katanya, hubungan Malaysia dengan China sepatutnya…










