KOTA BHARU 5 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan hari ini menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada jiran mereka, Terengganu yang terjejas akibat ribut. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung mangsa ribut di negeri itu baru-baru ini. “Saya difahamkan lebih 1,800 rumah dan 30 sekolah di daerah Kuala Nerus dan Marang yang terjejas akibat ribut berkenaan. “Sesungguhnya Allah SWT mendatangkan ujian kepada kita supaya menjadi orang…










