SEREMBAN 12 Sept. – Kerajaan negeri menerima keputusan Kerajaan Pusat menangguhkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selama dua tahun kerana kosnya yang tinggi. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, penangguhan projek itu sehingga 2020 telah mengambil kira semua faktor termasuk beban kewangan yang perlu ditanggung negara. “Saya rasa penangguhan ini perlu demi kesejahteraan rakyat kerana projek HSR membabitkan belanja yang cukup tinggi dan kita tidak mahu kerajaan terbeban…










