TELUK INTAN 8 Sept. – Kerajaan negeri mencadangkan bekas wartawan Utusan, Abu Bakar Al Sidek Hashim, 77, yang meninggal dunia pada Selasa lalu diberi penghargaan di peringkat nasional sebagai mengenang jasanya dalam dunia kewartawanan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Abdul Aziz Bari berkata, Allahyarham merupakan seorang tokoh yang kuat bekerja dan komited dalam tugasannya. Menurutnya, Abu Bakar juga mahir menulis nota dalam tulisan Jawi yang dilihat sebagai…










