PETALING JAYA 7 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Perdana Menteri berkata, pelantikan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan kerajaan sensitif terhadap reaksi berkenaan. Beliau menegaskan, pelantikan itu bukan satu keputusan yang tidak boleh diubah. “Ramai orang bagi pendapat. Dan kita juga sensitif dengan reaksi itu. Jadi kita telah buat keputusan…










