LANGKAWI – Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersetuju bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson akan membolehkannya kembali aktif dalam politik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Katanya, Anwar telah dipenjarakan secara keseluruhannya selama 11 tahun dan telah menyebabkan beliau dinafikan haknya untuk mewakili rakyat di dalam Dewan Rakyat. “Untuk dia bertindak aktif dalam politik, inilah caranya untuk menjadi wakil rakyat di dalam Dewan…










