KUALA LUMPUR – Keputusan untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti dan bukannya dibuat tanpa mesyuarat seperti mana didakwa. Mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mempersoal ketelusan proses membuat keputusan parti itu seperti dilapor media, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kritikan itu tidak harus timbul kerana Zuraida sendiri merupakan ahli…










