KUALA LUMPUR – Platform e-dagang terkemuka, Shopee mengumumkan telah mendapat berjaya menjual sebanyak 15 juta barang ketika jualan murah yang berlangsung sehari dalam kempen Hari Membeli Belah Shopee 9.9 pada 9 September lalu.
Tempoh jualan selama 24 jam itu mengatasi rekod yang pernah dicatatkan sebelum ini sebanyak 5.8 juta.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Hari Membeli Belah Shopee 9.9 adalah jualan murah terbesar yang pernah diadakan setakat ini.
“Antara barangan yang menjadi tumpuan pada jualan murah itu adalah produk kesihatan dan kecantikan, telefon bimbit, aksesori bayi dan permainan serta fesyen wanita,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, pada kempen jualan berkenaan telah mendapat sokongan lebih 7 juta penjual dan 10,000 jenama. – K! ONLINE









