BENTONG 28 Sept. – Kementerian Kerja Raya akan melakukan pemantauan dan siasatan terperinci terhadap mana-mana kes kerosakan infrastruktur yang berlaku di seluruh negara.
Timbalan Menterinya, Mohd. Anuar Tahir berkata, Unit Forensik Jabatan Kerja Raya mampu menjalankan siasatan bagi membolehkan tindakan dilakukan segera.
“Selain melakukan pembaikan segera, sudah tentu sekiranya melibatkan kontraktor yang melakukan kerja tidak mengikut spesifikasi, tindakan undang-undang sepertimana dimeterai dalam perjanjian akan diambil.
“Setiap pembinaan ada operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan. Kegagalan mengikut SOP sama ada kerana buat tidak tahu atau pun sudah dirancang,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis pembukaan Alps Medical Klinik di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE











