FAKTOR kekurangan tenaga dalam bidang kejururawatan menjadi punca utama jururawat di hospital kerajaan mahupun swasta terpaksa berhadapan dengan tugasan mencabar. Pegawai Eksekutif Kanan Kejururawatan Surgeri, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Wan Fatimah Wan Daud berkata, masalah tersebut perlu ditangani kerana memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan kejururawatan di sesebuah hospital. “Tugas jururawat banyak dan berat. Mereka menjaga perawatan, memantau keadaan, mengurus keperluan ubatan, memberi sokongan moral kepada…










