KEJAYAAN dalam sesuatu bidang tidak boleh dicapai sekelip mata. Begitu juga dalam pelaburan saham. Pelaburan atau perdagangan saham sebenarnya merupakan satu subjek yang luas dan agak sukar dikuasai. Tetapi dengan adanya satu sistem dan kaedah yang baik, ia memudahkan pelabur dan pedagang saham untuk berjaya menjana pendapatan setiap kali masuk pasaran. Sewaktu urus niaga saham belum lagi dijalankan secara automatik sepenuhnya, pelabur dan pedagang saham banyak bersandar kepada remisier untuk…










