Kebahagiaan adalah perasaan gembira, tenang dan aman damai. Kebahagiaan sukar diukur atau digambarkan secara pasti. Ia juga berubah-ubah dengan cepat sekali. Orang yang selalu ketawa belum tentu bahagia, dan orang yang diam seribu bahasa tidak semestinya sedang menderita. Pengertian bahagia berbeza-beza mengikut individu, budaya dan agama. Ada orang yang berasa bahagia sekalipun sekadar makan di kedai mamak, memandu kereta Myvi dan tinggal di apartmen sederhana. Sebaliknya, ada orang yang berasa…










