Keadaan kesihatan Saleem membimbangkan - Utusan Malaysia

Keadaan kesihatan Saleem membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Penyanyi popular yang juga vokalis kumpulan Iklim, Saleem, 56, berkemungkinan ditahan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, bagi tempoh masa sebulan lagi untuk menjalani proses rawatan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

Menurut isterinya, Julia Bachok, insiden yang menimpa suaminya kali ini amat membimbangkan keluarga kerana ia melibatkan kecederaan yang agak parah apabila tulang rusuk kanan yang retak telah menusuk paru-parunya.

“Buat masa sekarang, Saleem masih lagi ditidurkan kerana badannya belum mampu menerima kesakitan yang melampau akibat tusukan tulang kanan di bahagian paru-parunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menurut doktor yang merawat, keadaannya stabil tetapi masih belum boleh disedarkan daripada tidur. Saleem mungkin akan berada di hospital kira-kira sebulan tetapi saya berharap dengan berkat doa peminat dan orang ramai, beliau dapat sembuh lebih awal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Julia turut memberitahu bahawa sehingga kini dia dan keluarga masih tertanya-tanya bagaimanakah pelantun Bukan Aku Tak Cinta itu boleh terlibat dengan kemalangan kerana Saleem belum sedarkan diri.

“Jika sewaktu beliau dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di perut tahun lalu, Saleem masih boleh bercakap dan berbual jadi saya tahu keadaannya macam mana.

“Sekarang kami perlu menunggu luka di paru-parunya sembuh dan suami boleh dibangunkan daripada tidur untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada hari kemalangan,” tambahnya lagi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini