PENAMPILAN terakhir pada Sukan Malaysia (Sukma) membawa 1,000 makna buat pelumba Terengganu, Nur Aisyah Mohamad Zubir. Atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu melakar sejarah baharu Sukma apabila menjadi satu-satunya pelumba basikal yang meraih emas hatrik pada tiga edisi berturut-turut sejak Sukma 2014 bagi acara ujian masa individu wanita. “Saya sangat gembira dengan pencapaian ini lebih-lebih lagi apabila ia adalah Sukma terakhir saya,” katanya. Pada perlumbaan sejauh 31.2 kilometer di Batu Kurau,…










