KANGAR 14 Sept. – Sambutan Karnival Hari Malaysia dan Perayaan Bulan Kebangsaan 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Wan Ahmad di sini, berlangsung meriah apabila diadakan di Hospital Pakar KPJ Perlis di sini, hari ini. Seramai 300 murid sekolah itu terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti perlawanan futsal berkain pelikat, karaoke, memasak, mewarna dan membuat buku skrap selain kehadiran trak-trak jualan makanan dan minuman. Menurut Guru SK Dato Wan Ahmad, Rokiah Hassan,…










