Kanak-kanak lelaki ditemui bersama mayat ibu kini koma - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki ditemui bersama mayat ibu kini koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri bersama mayat ibunya di dalam bilik sebuah di Jalan Macalister, di sini semalam, kini dalam keadaan  koma. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, Ong Chee Khai, 10, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Menurut pegawai perubatan yang merawat kanak-kanak itu, mangsa mengalami kerosakan buah pinggang, hati dan paru-paru akibat terhidu asap. Kanak-kanak itu masih tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat ibu kanak-kanak itu mengesahkan wanita berkenaan mati disebabkan keracunan karbon monoksida akibat terhidu kepulan asap hasil pembakaran arang dalam bilik berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Kanak-kanak itu ditemui dalam bilik hotel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang semalam bersama ibunya, Lim Bee Tin, 28, yang telah mati oleh seorang pekerja hotel setelah memecahkan pintu bilik dihuni wanita berkenaan.

Hasil pemeriksaan dalam bilik hotel itu menemui sisa kayu arang yang dipercayai dibakar dengan sejenis dadah oleh wanita itu dan bilik itu berbau asap. 

Sementara itu, Ketua Polis Barat Daya Suprintenden A.A Anbalagan berkata, lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung, dekat sini, pada Isnin direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini