IPOH 21 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika berbasikal dekat rumahnya Bandar Baru Putra, Bercham dekat sini pagi tadi ditemukan selamat. Kanak-kanak itu, Ahmad Aqil Akbar ditemukan oleh orang awam di sebuah kawasan perumahan di Kuala Kangsar. Bapa kanak-kanak itu, Zaid Mohamed Hashim, 38, berkata, dia dihubungi oleh seorang wanita pada pukul 2 petang mengakui menemukan kanak-kanak lelaki yang menyerupai anaknya di sebuah kawasan…










