SEREMBAN – Seorang kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) maut sewaktu menyertai aktiviti mendaki Gunung Berembun dekat sini hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, mangsa dikenali sebagai Hazrul Nizam Mohd. Haranlani berusia 41 tahun. “Mangsa dipercayai dari Putrajaya menyertai aktiviti itu bersama 26 individu lain. Mereka dipercayai mula mendaki gunung itu pada pukul 7 pagi. “Kami dimaklumkan mangsa tiba-tiba pengsan sewaktu berada ketinggian kira-kira 1,219 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Norazam berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak polis pada pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya