SEREMBAN 13 Sept. – Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjalankan kajian mengenal pasti keperluan dan kehendak masyarakat secara lebih komprehensif. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, usaha itu dilakukan kerana mahasiswa universiti tersebut banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan mendekati penduduk di seluruh pelosok negeri ini. Beliau berkata, melalui kajian tersebut kerajaan negeri boleh mengetahui maklumat tentang keperluan rakyat meliputi pelbagai aspek. “Dengan cara…










