Kaji Dasar Agromakanan Negara - Utusan Malaysia

Kaji Dasar Agromakanan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji serta merangka hala tuju baharu bagi Dasar Agromakanan Negara yang akan tamat pada tahun 2020 dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Sa­lahuddin Ayub berkata, pihak­nya perlu melihat secara holistik dasar yang telah dilaksanakan sejak 2011 serta polisi-polisi kementerian.

“Selain itu, kami juga akan mengambil kira pendapat dari­pada semua pemain sektor pertanian seperti Majlis Penasihat Pertanian dan pa­sukan khas kementerian yang diketuai oleh Ketua Setia­usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehuddin Hassan.

“Rundingan berkaitan perkara ini juga melibatkan badan bukan kerajaan yang lain,” katanya.

Beliau mengulas berhubung Dasar Agromakanan Negara ketika ditanya pemberita di Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank 2018 di semalam.

Sementara itu, Mohd. Sallehuddin berkata, sehingga suku kedua tahun ini, sumbangan sektor pertanian dan komoditi menyumbang sebanyak lapan peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Daripada jumlah itu, 3.3 peratus merupakan sumba­ngan daripada sektor perta­nian,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan meletakkan sasaran baharu sumbangan berkenaan.

Sebaliknya, akan mengumumkannya setelah mencapai hasil perbincangan hala tuju baharu Dasar Agromakanan Negara dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN