SHAH ALAM 23 Sept. – Selepas lapan minggu bersaing, penyanyi lagu Pedih, Sarah Suhairi, 18, berjaya dinobatkan sebagai juara sulung Big Stage 2018 dalam acara kemuncak program berkenaan yang berlangsung semalam. Kemenangan gadis kelahiran Rawang, Selangor itu sekali gus mengetepikan pencabar rapatnya, Syafiq Farhain, 24, yang merupakan anak kepada vokalis kumpulan Iklim selaku naib juara. Sementara itu, Afieq Shazwan, 21, yang membawakan lagu Footloose nyanyian asal Kenny Loggins serta single…










