KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Kerajaan negeri mengumumkan 30 September ini sebagai cuti peristiwa susulan kejayaan kontinjen Terengganu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2018, malam tadi. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, cuti berkenaan bagi meraikan kemenangan di samping sebagai tanda penghargaan kepada semua pegawai dan atlet Sukma serta rakyat Terengganu yang turut sama menyokong misi merampas kembali gelaran juara kejohanan itu. “Kejayaan kontinjen negeri merampas kembali gelaran…










