Jualan tiket suku akhir pertama Pahang bertemu JDT perlahan - Utusan Malaysia

Jualan tiket suku akhir pertama Pahang bertemu JDT perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 23 Sept. – Jualan tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur di sini malam ini didapati agak perlahan sejak kaunter mula dibuka bermula pukul 9.30 pagi ini.

Tinjauan Utusan Online mendapati, orang ramai tidak perlu beratur lama untuk membeli tiket di enam kaunter yang disediakan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Raja Mustafa Shah Raja Abdul Jalil Shah mengakui jualan tiket yang bermula pukul 9.30 pagi ini sedikit perlahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang sejak kaunter dibuka jualan sedikit perlahan dan kita percaya jualan akan meningkat menjelang petang ini.

“Hal ini kerana penyokong yang tinggal jauh seperti di sebelah Pahang Barat masih belum sampai di Stadium Darul Makmur,” katanya ketika dihubungi.

Raja Mustafa Shah berkata, sebanyak 28,000 tiket diperuntukkan bagi aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara Pahang dan JDT.

Beliau berkata, enam kaunter termasuk satu kaunter khas untuk golongan wanita akan disediakan.

“Semua tiket mula dijual pukul 9.30 pagi. Harga tiket RM23 bagi tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini