SEJAK dua minggu lalu, masa depan pengurus Manchester United, Jose Mourinho, 55, menjadi bualan hangat pengulas sukan serta pengamal media di England susulan skuad The Red Devils berdepan dua kekalahan berturut-turut, selain didakwa mengalami keretakan hubungan dengan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward ketika ini. Ramai menjangkakan pengendali dari Portugal itu akan dipecat jika tewas buat kali ketiga, namun United berjaya mengalahkan Burnley 2-0 di Stadium Turf Moor kelmarin, sekali gus…










