KOTA Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan, kini semakin menjadi tarikan kepada setiap pemain golf profesional mahupun amatur di negara ini dan juga luar negara. Dibuka pada Oktober lalu dan direka bentuk dengan lapangan yang menarik oleh arkitek terkenal, Nigel B. Douglas, hamparan rumput ‘bermuda’ di lapangan 12 lubang direka dengan tema alam hutan semula jadi. Lebih 40 jenis bunga dan pokok pelbagai spesies…










