Johor e-Sport Fifa19 Challenge gegarkan Galleria@Kotaraya, Sabtu ini - Utusan Malaysia

Johor e-Sport Fifa19 Challenge gegarkan Galleria@Kotaraya, Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Sept. – Para peminat sukan elektronik dijemput menyertai dan memeriahkan Johor e-Sport Fifa19 Challenge siri pertama di pusat beli-belah Galleria@Kotaraya, Sabtu ini.

Kejohanan yang diadakan sebanyak empat siri itu menawarkan hadiah keseluruhan RM7,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada semua peminat sukan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 256 pemain akan dipilih berdasarkan ranking mereka. Setakat ini, 280 orang sudah mendaftar dan hanya dikenakan yuran sebanyak RM20.

“Kita berharap pertandingan ini akan dapat mempromosikan lagi e-sport dalam kalangan rakyat dan Johor mampu menjadi hab e-sport di selatan tanah air,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara  Sports Johor dan Consolwar, di sini sebentar tadi.

Sports Johor diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, On Jabbar@Ja’afar, manakala Consolewar oleh Pengarah Urusannya, Nazirul Afiq Mohd. Amin.

Selain peserta tempatan, kejohanan yang dijangka dapat menarik lebih 5,000 orang itu turut disertai pemain dari Singapura dan Brunei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini