PARA pelajar dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), baru-baru ini, berusaha meningkatkan kesedaran umum terhadap keperluan untuk menderma organ menerusi program jogaton amalnya yang dinamakan Organs For Love. Dengan tumpuan kepada Pemindahan Ginjal sebagai tema tahun ini, jogaton itu berjaya mengumpulkan RM1,500 untuk Persatuan Transplantasi Malaysia. Jogaton Organs For Love 2018, yang disertai 415 orang, bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pemindahan organ. Di samping itu, kira-kira 87 membuat ikrar sebagai penderma…










