BEIJING – Presiden China, Xi Jinping berkata semalam bahawa dana China di Afrika bukan untuk ‘projek bermegah’ tetapi bagi membina infrastruktur yang boleh menghapuskan halangan pembangunan di benua tersebut. Berucap pada forum perniagaan menjelang Sidang Kemuncak China-Afrika yang diadakan setiap tiga tahun sekali, Jinping berkata: “Dana untuk kerjasama kita tidak dibelanjakan untuk projek bagi tujuan bermegah tetapi disalurkan ke tempat yang sangat memerlukannya. “Infrastruktur yang tidak mencukupi ini menjadi halangan…









