Jika ada moral, akhlak yang tinggi, hutang mesti bayar - Dr. Maszlee - Utusan Malaysia

Jika ada moral, akhlak yang tinggi, hutang mesti bayar – Dr. Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 23 Sept. – Sesiapa sahaja yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi mesti membayar hutang termasuk dalam soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sebagai rakyat Malaysia sama ada beragama Islam atau agama apa sekalipun tanggungjawab membayar hutang perlu ada di dalam diri.

“Tidak kira apa pinjaman sekalipun, hutang PTPTN, bank, adik-beradik, sikap kita sebagai orang yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi apabila berhutang, perlu bayar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini tanggungjawab moral yang mencerminkan akhlak kita. Walaupun dengan nilai 10 sen sekalipun jika berhutang perlu bayar,” katanya ketika ditemui selepas Majis Anugerah Tokoh Siswa 2017 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegur sikap peminjam yang tidak mahu membayar hutang PTPTN.

Dr. Mahathir juga melahirkan rasa malu dengan sikap tidak amanah peminjam yang enggan membayar hutang walaupun telah mempunyai pekerjaan.

Sehingga kini, jumlah hutang tertunggak PTPTN seperti yang dimaklumkan Dr. Mahathir ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur baru-baru ini, menjangkau RM36 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini