JERANTUT 12 Sept. – Daerah ini bakal menjadi pusat pembangunan sukan Muay Thai bagi melahirkan lebih ramai atlet sukan ekstrem itu di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, pemilihan empat anak jati daerah ini mewakili Pahang ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak menjadi titik permulaan pembangunan sukan berkenaan. “Sebagai wakil rakyat, saya teruja apabila empat atlet Muay Thai dipilih membawa cabaran…










