JOHOR BAHRU 29 Sept. – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia menewaskan Pahang dengan agregat 3-1 setelah mencatatkan kemenangan 2-0 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi. Safawi Rasid muncul wira Harimau Selatan pada perlawanan itu apabila meledakkan dua jaringan pada minit pertama dan ke-72 bagi menjinakkan pasukan Tok Gajah. Belum pun sempat perlawanan bertukar menjadi…










