Hikayat Laila dan Majnun sinonim dengan kisah cinta yang tidak kesampaian malah kisah dua kekasih berlainan darjat itu setaraf dengan karya agung Romeo dan Juliet hasil tulisan William Shakespeare. Menerusi kisah itu, Majnun yang terlalu mengasihi Laila akhirnya ditemui mati di kubur Laila setelah mendapat tahu kekasihnya itu telah pun meninggal dunia. Dalam situasi politik UMNO, ketika pemimpinnya ghairah bercerita mengenai betapa pentingnya UMNO untuk kembali berkuasa sewajarnya kisah Laila…










