KUALA LUMPUR 4 Sept. – Isu-isu seperti pelucutan kes pertuduhan rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak boleh dipandang remeh sehingga mampu mendatangkan keraguan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH). Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, isu seperti itu pasti diberikan perhatian oleh rakyat seterusnya membuatkan mereka menilai komitmen ketelusan pentadbiran kerajaan PH. Katanya, PH perlu memastikan rakyat berkeyakinan tinggi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan badan…










