Jangan cepat buat kesimpulan kedudukan UMNO - Rafizi - Utusan Malaysia

Jangan cepat buat kesimpulan kedudukan UMNO – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Ketika ramai pihak melihat UMNO kini dalam keadaan terumbang-ambing dan lemah akibat tindakan pemimpinnya keluar daripada parti, pandangan berbeza dilontarkan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi menasihatkan semua pihak agar jangan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan mengenai kedudukan UMNO berhubung perkara tersebut.

“Soal Ahli Parlimen UMNO keluar parti, nasihat saya jangan cepat buat kesimpulan, tunggu semua maklumat. Semak semua.

“Kalau dengan satu ahli Parlimen pun belum tentu parti tersebut berkubur, walau dituduh lemah belum tentu ia betul-betul lemah,” katanya menerusi akaun Twitter beliau, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×