KOTA KINABALU 17 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan tidak mahu ‘membunuh’ Petronas hanya semata-mata memastikan rundingan pembayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak direalisasikan. Perdana Menteri berkata, royalti akan tetap dibayar tetapi mekanisme pembayarannya mesti dikaji secara terperinci untuk memastikan syarikat minyak negara tidak kehilangan wang dan pada masa sama kedua-dua negeri mendapat hak mereka. “Kita tidak mahu membunuh Petronas, kalau keluarkan sebanyak 40…










