Jangan buang masa layan pihak perkecilkan UMNO - Utusan Malaysia

Jangan buang masa layan pihak perkecilkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Ahli-ahli UMNO diingatkan tidak membuang masa melayan tindakan pihak tertentu yang cuba memperkecilkan parti selepas gagal mempertahankan kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebaliknya, ahli-ahli perlu terus menaburkan jasa dan bakti agar UMNO dipandang elok dan meninggalkan rasa insaf kepada pihak luar itu.

Katanya, tidak guna untuk ahli UMNO berdebat dalam sesuatu isu dengan orang yang sedang bermegah dan memegang kuasa ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Esok orang dah mula muak, orang dah marah, kita pula hentam mereka cukup cukup.

“Sekarang masa kita kalah bila bercakap orang akan kata, bila dah kalah memang macam tulah.

“Tapi, esok harga barang akan terus merosot dan ekonomi yang saya tak nampak akan ada pertumbuhan baik pada suku ketiga dan keempat. Dan bila dah hilang kerja dan menganggur, masa itu nanti kita katalah bahawa tuan-tuan dah salah pilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2018, di PWTC di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini