KUALA LUMPUR 22 Sept.– Individu yang berniat menyalur maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta tidak mendedahkan maklumat dan diri mereka kepada pihak lain terutama dalam media sosial sekiranya mahu dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, akta tersebut bertujuan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat pendedahan yang telah dibuat. “Sekiranya mereka…










