Isu nepotisme tidak timbul – Wan Azizah - Utusan Malaysia

Isu nepotisme tidak timbul – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail percaya tidak timbul isu nepotisme membabitkan keluarganya meskipun suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
WAN AZIZAH WAN ISMAIL 

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemilihan beliau serta anaknya, Nurul Izzah Anwar serta Anwar sendiri adalah berdasarkan kepada undian rakyat.

“Ada masalah ke? Saya fikir kami dipilih oleh rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Yayasan Orphancare dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita serta Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Sekiranya Anwar memenangi PRK Parlimen Port Dickson, keluarga itu akan mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat iaitu Anwar, Wan Azizah (Ahli Parlimen Pandan) serta Nurul Izzah (Ahli Parlimen Permatang Pauh).

Ketika ditanya mengenai reaksi negatif diterima berikutan keputusan PKR mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan kepada Anwar, Wan Azizah menyifatkannya sekarang sebagai masa yang tepat untuk melakukannya.
Beliau memberitahu, tidak timbul soal kesabaran memandangkang Anwar telah dipenjarakan selama 11 tahun.

“Beliau telah dinafikan hak untuk berada di Parlimen sebelum ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN