Isu gambar bogel, Aeril tak mahu ambil tindakan - Utusan Malaysia

Isu gambar bogel, Aeril tak mahu ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Berhubung gambar bogel yang didakwa miliknya tular sejak semalam, pelakon Aeril Zafrel menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkannya.

Aeril, 30, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, individu dan perlakuan seperti itu diibaratkan seperti patah tumbuh hilang berganti.

“Biarlah tuhan sahaja yang memberi tindakan kepada individu tersebut. Saya anggap individu itu dan kelakuannya sebagai patah tumbuh hilang berganti.

“Cukuplah sekadar penafian berserta bukti yang jelas daripada saya. Saya masih waras untuk melakukan perkara sebegitu.

“Sekali pandang, individu dalam gambar berkenaan memang mirip saya. Tetapi, hakikatnya dia bukan saya,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN