PETALING JAYA – Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan dan bekas suami kepada wanita itu ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kematian CEO itu yang mayatnya ditemui terbakar di rumahnya pada Hari Raya Aidilfitri 14 Jun lalu. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh tahanan reman ke atas Nizam Mydin Bacha Mydin dan Samirah Muzaffar bermula semalam sehingga…










