BAITULMUQADDIS 16 Sept. – Israel telah melancarkan peluru berpandu di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, menurut kenyataan yang dikeluarkan media Syria. Lapor Al-Jazeera, mengikut sumber tentera yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita Sana, tentera Syria telah berhadapan dengan serangan peluru berpandu Israel. Sana memetik sumber itu sebagai berkata bahawa pertahanan udara Syria telah berjaya menembak beberapa peluru berpandu yang masuk. Agensi berita itu turut menyiarkan video letupan kecil di langit pada…










