BAITULMUQADDIS 23 Sept. – Pihak berkuasa Israel memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada penduduk perkampungan Badwi, Khan al-Ahmar di Tebing Barat untuk merobohkan tempat kediaman masing-masing. Nasib penduduk berkenaan mendapat perhatian dunia apabila negara-negara Eropah menggesa Israel menghentikan rancangan untuk merobohkan perkampungan tersebut. Namun Mahkamah Agung Israel pada 5 September lalu menolak rayuan untuk menghalang tindakan tersebut sebaliknya membenarkan pihak berkuasa zionis itu meneruskan usaha merobohkan rumah penduduk terbabit.…










