'Islam untuk semua' pendekatan baharu parti Amanah - Utusan Malaysia

‘Islam untuk semua’ pendekatan baharu parti Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Parti Amanah Negara (Amanah) akan menggangkat agama Islam dengan menggunakan pendekatan baharu yang lebih dinamik agar agama dan umat Islam di negara ini terus diterima dan dihormati oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, pada masa kini terlalu banyak persepsi negatif yang terhadap agama Islam berikutan tindak tanduk pihak tertentu, sedangkan Islam merupakan agama yang mementingkan aspek keharmonian, toleransi dan keamanan.

“Dengan keretakan kaum dan konflik sentitiviti agama yang semakin meruncing dalam negara yang berbilang kaum, budaya dan agama ini, kelainan Amanah dalam menghayati Islam semakin ketara berbanding parti yang ditinggalkan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap perbezaan ini kita kena uruskan dengan baik dan inilah peranan parti Amanah untuk memastikan pendekatan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin diterima rakyat Malaysia.

“Islam menjunjung nilai-nilai tinggi syariah dan bukan hanya menekankan aspek hukum secara jumud serta terpisah, dan Amanah akan sentiasa mengambil pendekatan inklusif dan produktif untuk merungkaikan permasalahan tuntutan (pelbagai kaum), melalui pendekaran baharu ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Sambutan Ulang Tahun Amanah kali ketiga bertemakan Bersama Menerajui Perubahan di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian Datuk Salahuddin Ayub, Naib Presiden Amanah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengarah Komunikasi yang juga  Menteri Wilayah Persekutuan Amanah Khalid Abdul Samad.

Katanya parti itu akan cuba untuk menterjemahkan Islam di negara ini dalam kehidupan yang lebih harmoni, pentadbiran yang lebih baik dan menjaga hak asasi masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Kadang kita (umat Islam) yang membaca baca Al Quran, tetapi yang melaksanakan (apa yang disuruh di dalam Al Quran) adalah orang lain… rakyat di negara bukan Islam yang melakukannya.

“Contohnya terjemahan akhlak-akhlak Islam banyak dilakukan oleh orang Jepun, mereka lebih mengamalkan kebersihan, tidak rasuah, dan bertanggungjawab sedangkan orang Islam berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku di Yaman,” katanya.

Dalam pada itu, katanya antara cabaran yang dihadapi oleh parti itu pada masa kini adalah untuk menguruskan kemenangan yang diperolehi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu agar pemimpin-pemimpin yang terpilih tidak hanyut dengan kuasa dan pangkat yang diperolehi.

“Menjaga, mengurus dan mempertahahankan amanah rakyat adalah satu perkara yang berat untuk pikul setelah diberikan tanggungjawab pada 9 Mei lalu. Apabila memerintah kita ada kecenderungan untuk mendapatkan pelbagai projek.

“Ia tidak ada masalah, tetapi buatlah dengan cara yang betul. UMNO dan Barisan Nasional tumbang bukan sebab tidak ada duit, namun sebab perebutan jawatan dan wang jadi matlamat di kalangan anggota dan pemimpinnya.

“Jadi ingatlah semua, kita ada tanggungjawab kepada tuhan dan rakyat*rakyat perhatikan kita setiap waktu dan masa. Ketika diberi kepercayaan dan amanah, jangan ada di antara kita yang terlibat salah laku dan guna kuasa, saya akan ambil tindakan keras untuk jaga nama baik parti,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini