Isa Samad lawan Anwar - Utusan Malaysia

Isa Samad lawan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Sept. – Bekas Menteri Besar Ne­geri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

MOHD. ISA ABDUL Samad

Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau membuat keputusan tersebut berikutan UMNO tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan.

“Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan, lagipun saya adalah orang Port Dickson,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson) itu berkata, beliau mempunyai peluang yang baik untuk menang kerana telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan serta dikenali oleh pengundi.

Mohd. Isa menambah, de­ngan pencalonan dirinya dalam PRK Parlimen Port Dickson, beliau bukan lagi ahli UMNO.

Mohd. Isa yang juga bekas Pengerusi Felda pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Linggi dan Bagan Pinang yang terletak di bawah Parlimen Port Dickson.

MOHD. NAZARI MOKHTAR
MOHD. NAZARI MOKHTAR 

Sementara itu, Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Ko­lonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, 57, diumumkan sebagai calon Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu dalam majlis pengisytiharan calon di Markas Pas Cawangan Bukit Tembok, Pasir Panjang dekat sini malam ini.

Mohd. Nazari yang berasal dari Batu Pahat, Johor pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia selama 28 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN