Isa Samad hantar borang calon Bebas  - Utusan Malaysia

Isa Samad hantar borang calon Bebas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad antara mereka yang menghantar borang penamaan calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.

Beliau dilihat tiba di pekarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini bersama barisan penyokongnya kira-kira pukul 9 pagi ini.

Mohd. Isa yang juga Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson) pada Khamis lalu mengumumkan bertanding sebagai calon bebas kerana UMNO membuat keputusan tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga bekas Pengerusi Felda seterusnya memaklumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dari UMNO bagi memudahkannya bertanding sebagai calon Bebas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini