SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengesahkan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson. Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau yang akan bertanding sebagai calon bebas membuat keputusan itu kerana partinya, UMNO tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan. “Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan dan saya adalah orang Port Dickson,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini…










