KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan sejumlah 753 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini atas pelbagai kesalahan di negeri ini. Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan, Ruzaana Mohamed berkata, sepanjang tempoh itu juga seramai 2,940 warga asing diperiksa melalui 311 operasi di bawah Ops Mega 3.0. Antara kesalahan utama PATI terbabit termasuklah tinggal lebih masa, menyalahgunakan permit kerja untuk bekerja di tempat…










