MELAKA 19 Sept. – Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron masih bermain teka-teki adakah beliau mungkin menjadi bekas ketua menteri negeri ini yang terbaharu meninggalkan UMNO selepas dua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman berbuat demikian sejak semalam. Ini berikutan dalam kiriman WhatsApp beliau, Idris yang merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memaklumkan, “Berita tergempar… lagi bekas ketua menteri Melaka…










